Sunday, October 4, 2009
.:: 5 Kampung Utama

Hidden Village of Leaf - Fire Country (Konoha)
Merupakan kampung yang terbesar dan paling berkuasa dikalangan kampung-kampung yang lain. Ia merupakan kampung halaman hero kita, Naruto. Boleh dikatakan semua penduduk Konoha adalah mereka yang baik-baik. Konoha bermaksud daun. Konoha diketuai oleh Hokage dan dikatakan ia merupakan Kage yang terkuat dikalangan Kage kampung-kampung lain. Di kampung ini juga melahirkan Tiga Lagenda Sannin yang amat hebat iaitu Jiraiya, Tsunade dan Orochimaru.
Hidden Village of Mist - Water Country
Tidak diketahui sangat berkenaan kampung Mist. Hanya beberapa karektor muncul di dalam peperiksaan Chunnin yang berasal dari kampung ini dalam siri pertama Naruto. Di kampung ini juga mempunyai satu kumpulan yang bernama The Seven Swordman. Sehingga ke saat ini hanya ditonjolkan beberapa watak sahaja yang merupakan anggota kumpulan tersebut iaitu Momochi Zabuza, Kurasaki Raiga, Chuujiroo dan Hoshigake Kisame. Kebanyakan jutsu ninja kampung ini berasaskan air. Diketuai oleh Mizukage yang kini dipimpin oleh Godaime Mizukage (Mizukage Kelima).
Hidden Village of Sand - Wind Country
Banyak juga karektor adalah berasal dari Kampung Pasir. Antaranya Gaara, Temari dan Kankurou. Ketiga-tiganya melibatkan diri di dalam Peperiksaan Chunnin yang sebenarnya mempunyai agenda lain disebaliknya. Kampung ini kini diketuai oleh Godaime Kazekage iaitu Gaara sendiri selepas kematian Yondaime Kazekage yang juga merupakan bapa kepada Gaara, Kankurou dan Temari. Yondaime Kazekage dibunuh oleh Orochimaru.
Hidden Village of Cloud - Lighting Country
Dalam siri 1 Naruto, tiada maklumat yang diketahui berkenaan Kampung Awan. Satu-satunya maklumat berkenaan dengan kampung ini ialah berkenaan dengan kisah penculikah Hinata suatu ketika dahulu kerana ingin mendapatkan rahsia Byakugan. Namun dalam Siri 2, banyak tentang kampung ini didedahkan. Diketuai oleh Raikage yang juga meruapakan abang kepada Killer Bee tetapi tidak dapat dipastikan bahawa beliau merupakan Raikage keberapa.
Hidden Village of Rock - Earth Country
Diketuai oleh Tsuchikage yang tua dan pendek. Seorang yang kuat merungut dan kasar. Ada beberapa karektor muncul tetapi seakan tiada disedari. Kita nantikan aksi-aksi dari penduduk kampung ini suatu masa nanti.
Baca Seterusnya...
Kampung Konoha

Saya akan mulakan dengan pengenalan kepada siri animasi. Ia mengisahkan sebuah perkampungan yang dikenali dengan Hidden Village of Leaf aka Konoha. Kampung ini terkenal dan melahirkan ramai shinobi-shinobi yang hebat. Kampung ini dikenali dengan simbol di bawah. Kesemua ninja dari kampung ini memakai 'forehead' yang mempunyai simbol ini.

Kampung Konoha dikelilingi oleh beberapa kampung lain dan setiap kampung diketuai oleh seorang ketua yang hebat bergelar Kage. Di Konoha, ketuanya digelar Hokage. Diawal kemunculan siri anime Naruto, kampung Konoha diketuai oleh Sarutobi Hiruzen yang merupakan Hokage ketiga aka Sandaime.

Siri animasi Naruto mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak yang bergelar Uzumaki Naruto yang lahir dan terus kehilangan ibu dan bapanya. Kelahirannya menggerunkan dan menjadi igauan kepada penduduk-penduduk Konoha terutama yang terlibat dengan peristiwa Konoha diserang oleh Musang Ekor Sembilan atau Kyuubi.

Kisah ini memaparkan suka dan duka Naruto menjadi kehidupan sebagai ninja tanpa kehadiran orang tersayang iaitu ibu dan bapanya. Namun kekentalan yang ditunjukkan Naruto menjadikan dia diterima dan kewujudannya dirasai oleh masyarakat.
Baca Seterusnya...
Kata Pengantar
Assalamua'laikum dan salam sejahtera. Terima kasih buat teman-teman yang sudi melawat blog anime saya. Buat pengetahuan semua, blog ini tiada kaitan dengan ketaksuban saya kepada anime terutama naruto dan bleach. Tetapi ia sekadar menjadi satu medan untuk saya menyatakan minat saya kepada anime naruto dan bleach. Semoga anda semua terhibur.
* Ini adalah blog tentang Naruto kedua saya selepas blog yang asal tidak dapat untuk masuk. Semoga terhibur.
* Ini adalah blog tentang Naruto kedua saya selepas blog yang asal tidak dapat untuk masuk. Semoga terhibur.
Baca Seterusnya...
Subscribe to:
Comments (Atom)
