Sunday, October 4, 2009

Kampung Konoha


Saya akan mulakan dengan pengenalan kepada siri animasi. Ia mengisahkan sebuah perkampungan yang dikenali dengan Hidden Village of Leaf aka Konoha. Kampung ini terkenal dan melahirkan ramai shinobi-shinobi yang hebat. Kampung ini dikenali dengan simbol di bawah. Kesemua ninja dari kampung ini memakai 'forehead' yang mempunyai simbol ini.


Kampung Konoha dikelilingi oleh beberapa kampung lain dan setiap kampung diketuai oleh seorang ketua yang hebat bergelar Kage. Di Konoha, ketuanya digelar Hokage. Diawal kemunculan siri anime Naruto, kampung Konoha diketuai oleh Sarutobi Hiruzen yang merupakan Hokage ketiga aka Sandaime.


Siri animasi Naruto mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak yang bergelar Uzumaki Naruto yang lahir dan terus kehilangan ibu dan bapanya. Kelahirannya menggerunkan dan menjadi igauan kepada penduduk-penduduk Konoha terutama yang terlibat dengan peristiwa Konoha diserang oleh Musang Ekor Sembilan atau Kyuubi.



Kisah ini memaparkan suka dan duka Naruto menjadi kehidupan sebagai ninja tanpa kehadiran orang tersayang iaitu ibu dan bapanya. Namun kekentalan yang ditunjukkan Naruto menjadikan dia diterima dan kewujudannya dirasai oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment